Tuesday, 16 May 2023

HARI RAYA OPEN HOUSE | 3 adab yang perlu di cakna

 Bismillah

Allahumma solli a'la muhammad


Sedar tak sedar hari ni dah masuk 25 Syawal. Lagi 5 hari syawal akan berlalu. Tapi meriahnya raya di Malaysia, sebulan kita menyambutnya kan . 


Tambah- tambah bila ada open house. 


Memang syok la kan bila dapat jemputan rumah terbuka ni kan. Iya lah. Makanan dan minuman pelbagai.  Kuih raya macam-macam boleh rasa. Tambah pula bila dapat jumpa dengan sanak saudara atau kenalan yang dah lama tak bertemu. Lagi meriah. 


Tapi segembiranya kita menerima jempuran rumah terbuka, jangan lupa adab-adab yang perlu kita beri perhatian ketika berkunjung ke open house. 


Memang banyak adab-adab yang kita perlu amalkan untuk  menjaga silaturrahim ketika di rumah terbuka. Tapi izh nak fokuskan 3 perkara.


1- AMBIL MAKANAN SEKADARNYA. JANGAN MEMBAZIR


Sedih dan sayu tuan rumah bila masa nak mengemas tengok makanan yang dibazirkan. Mereka menjemput kita untuk mengekalkan silaturrahim. Mereka juga bersusah payah untuk memasak atau menempah makanan yang sedap-sedap untuk di jamu. 


Jadi tanggungjawab kita pula untuk makan sekadarnya dan tidak berlebih-lebih. Jangan amalkan ambil semua makanan yang mahu dirasa kemudian dibiarkan saja begitu tidak dihabiskan apabila kenyang. Sesungguhnya syaitan suka orang yang membazir.


2- MENJAGA MATA & MULUT


Jangan dalam berhari raya kita sibuk untuk memerhati lebih dalam rumah tuan yang menjemput. Begitu juga perlu dijaga percakapan dan persoalan agar tidak menyinggung perasaan tuan rumah.


3- MENGAWAL PERGERAKAN ANAK-ANAK


Tidak salah membawa anak-anak berkunjung ke rumah terbuka walaupun ramai. Kerana di sana ia dapat mengeratkan persaudaraan. Tapi perkara yang perlu dipesan oleh ibu ayah kepada anak-anak adalah untuk menjaga keharmonian suasana ketika open house. 




Cukup 3 perkara yang izh rase amat perlu dicakna ketika kita berHARI RAYA OPEN HOUSE


Apa yang penting ketika mengunjungi banyak rumah terbuka, kita menjaga juga kesihatan. Barulah hari raya lebih bermakna.😊


0 comments:

Post a Comment