Friday 26 May 2023

RENEWAL MUDAH DENGAN SHAKLEE


Bismillah

Allahumma solli a'la muhammad


Setiap kali tibanya hari kelahiran pada 14 Januari, pasti dapat ucapan hari lahir dari cikgu sekolah lama. Tapi yang 'rare' ucapan dari cikgu yang satu ini, pasti dia akan bertanya, 


"DAH RENEW LESEN ?"


Hah masa tu la baru gelabah mencari lesen untuk pastikan dah expired ke belum. Hehehe


Berkait pasal renew ni, entry kali ni izh nak cerita sikit pasal renew membership shaklee atau perbaharui keahlian shaklee. 


SHAKLEE PUN KENE RENEW ??


Yup. Begitulah kira-kiranya.

Sebenarnya pada awal izh join shaklee dulu sekitar 2014, keahlian shaklee adalah seumur hidup tau.


Namun bermula 2016, di bawah akta  MLM ni mewajibkan untuk semua syarikat MLM mewujudkan sistem pembaharuan keahlian kepada semua ahli syarikat tersebut.



Jadi terpaksa la shaklee kenakan jugak renew keahlian sebanyak RM 35 untuk tempoh selepas 1 tahun.


Tapi sistem ni tak bertahan lama. Sebab shaklee sangat-sangat menjaga ahlinya. Jadi shaklee ubah kepada setiap pembelian barang walaupun 2 barang, tetap dikira telah RENEW SHAKLEE MEMBERSHIP.


Dan renew dengan pembelian barang ni juga  valid 3 bulan sebelum hari lahir kita. Mudah kan!


Haa betapa sayangnya shaklee pada ahli-ahlinya kan. Shaklee akan sedaya upaya mencari jalan supaya ahli-ahlinya dapat menikmati kesemua kelebihan menjadi ahli shaklee. 


Alhamdulillah untungnya izh dapat mengenali syarikat yang sangat cakna kepada kesenangan ahlinya. 


Jom kalian bersama izh dengan shaklee juga😊




Continue Reading

CASH REBATE SHAKLEE| Peluang makan percuma vitamin

 Bismillah

Allahumma solli a'la muhammad


Pernah suatu hari abi diorang bawak balik beberapa barang yang bercop Shell. Katanya dapat tebus mata ganjaran yang terkumpul dari kad Bonus Link sepanjang pam minyak di Shell.


Wahhh bukan main kepalang gembira dapat barang tebusan. Walaupun waktu itu hanya dapat payung dan bekas air je. Hehe.


Siapa tak gembira kan bila kita guna sesuatu servis atau produk diberi ganjaran pula. 


Begitulah dengan Shaklee.😊


Tapi apa yang lagi best dengan shaklee, ia menawarkan cash rebate dengan setiap pembelian barangan shaklee. Lagi syok kan sebab shaklee bagi cash untuk beli apa saja. Bukan berbentuk barangan yang kita terpaksa guna. 



CASH REBATE TU CAMANE?


Mari izh terangkan. Untuk setiap barangan shaklee, ada point-point tertentu atau mata ganjaran untuk setiap barang tu. 


Jadi semakin banyak kita membeli dan menggunakan barangan shaklee, maka makin banyaklah point kita yang terkumpul. Dan apabila point kita telah mencecah minima 150uv, shaklee akan bagi bonus berbentuk cash atau tunai ke akaun kita. Best sangat kan?


Sebab tu ramai ahli team izh yang hanya menggunakan shaklee tanpa membuat bisnes tapi tetap mendapat bonus dari shaklee. 


Inilah yang dinamakan cash rebate!


Jadi dengan cash rebate ni mereka dapat beli semula vitamin yang dimahukan. Sepertinya dapat percuma kan.


Kalau kalian nak lebih memahami, boleh rujuk jadual di bawah okey. Lagi menarik, shaklee tawarkan bonus ni hingga 21% tau. Banyak!


..


Sebab tu dalam shaklee menekankan 3S.

S1- SHARING

S2- SPONSORING

S3- SERVISING



CASH REBATE

Continue Reading

Tuesday 16 May 2023

SET HELLO NEW YOU| Bantu misi kurus dengan sihat

 Bismillah

Allahumma solli a'la muhammad


Semalam buka group wasap family, aduh sentap pulak dapat mesej dari ahli family.


"30 HARI RAMADHAN KITA USAHA TURUNKAN BERAT BADAN , TAPI HANYA 3 HARI SYAWAL BERAT SENANG BERTAMBAH"


Tapi memang betul kan. Iyalah menu-menu di hari raya memang bukan calang-calang. Tambah-tambah dengan air manis yang pelbagai rasa untuk dinikmati. 


Oleh itu kawan-kawan, mari lah kita insofi semula diri sendiri dan marilah kita meneruskan semula gaya hidup ketika di bulan Ramadan. Hehe. 


Kena sangat la bila shaklee buat promo bulan ni SET HELLO NEW YOU. 


Set ni sebenarnya dah bermula Ogos 2022.

Kenapa namanya Hello New You? Sebab dengan bantuan set ni, kita merubah menjadi kita yang baru 😊Dari fizikalnya semacam makcik-makcik terus transform menjadi seperti anak dara. Gituu😊


Dengan set ini lah izh memulakan misi untuk mengurangkan kilo badan. Remuk jiwa bila dapat pertanyaan dah berapa bulan mengandung sedangkan baby tiada dalam kandungan. Hanya mengandungkan lemak-lemak yang tidak sihat. 


Bermula dengan set ini lah izh belajar tentang ilmu INTERMITTENT FASTING (IF) & DIET KETO dalam misi penurunan berat badan. Pada entry  yang sebelum ini izh ada berkongsi berkaitan IF. Korang boleh baca semula disini tau. 



Dalam misi penurunan berat badan satu perkara yang teramat penting adalah menu makanan harian kita. Sebab tu ada pepatah mengatakan KITA ADALAH APA YANG KITA MAKAN. Benar. Apa yang kita makan bukan saja mempengaruhi saiz dan berat badan kita tapi juga mempengaruhi akhlak kita juga tau. 


Penyakit-penyakit yang singgah di tubuh kita juga banyak dipengaruhi oleh pemakanan kita kan. Tapi itulah untuk sediakan menu-menu yang berkhasiat dan memenuhi nutrisi yang diperlukan  oleh badan ni adalah sesuatu yang bukan senang. Perlu pada mujahadah. Sebab tu untuk  misi kurus izh kali ni set hello new ni sangat-sangat membantu 😊.


Jom kita tengok satu-satu item yang dalam set ni. ,



✅Cinch Shake 

-membantu turun berat badan tanpa susut otot sebab mengandungi LEUCINE. Jadi badan takkan menggelebeh atau berat rebound. 


✅Lecithin

-Membantu EMULSI LEMAK aka memecahkan lemak supaya lemak lebih mudah terbakar


✅Omega Guard 

-Membantu cepatkan proses pembakaran lemak


✅Herblax

-Bantu detoks dan bersihkan usus, singkirkan kotoran yg jadi sisa atau kerak najis di dinding usus dan salah satu punca perut buncit




Bermula dari,


✅ bersihkan & reset sistem pencernaan dgn Herblax

✅ ambil Protein Cinch untuk kawalan pengambilan mknn tinggi kalori, beri tenaga di siang hari serta membina otot agar bdn tidak geleber dan last, 

✅ Omega & lecithin bantu bakar lemak & tingkatkan metabolisma bdn.


Bila consistent amalkan, lepas exercise pun badan tak rasa cepat letih, lemau. Terasa lebih fit & cergas berbanding masa dulu.


Menariknya kalau korang beli Set Hello New You ni bulan ni, korang bakal dapat FREE CINCH SHAKE lagi setong 😍😍



Alhamdulillah ramai yang dapat feedback yang cukup wow bila guna SET HELLO NEW YOU ni. Ok jom izh guide sampai korang dapat berat ideal  😊😊



www.wasap.my/60148230380/naksetHNY


Continue Reading

HARI RAYA OPEN HOUSE | 3 adab yang perlu di cakna

 Bismillah

Allahumma solli a'la muhammad


Sedar tak sedar hari ni dah masuk 25 Syawal. Lagi 5 hari syawal akan berlalu. Tapi meriahnya raya di Malaysia, sebulan kita menyambutnya kan . 


Tambah- tambah bila ada open house. 


Memang syok la kan bila dapat jemputan rumah terbuka ni kan. Iya lah. Makanan dan minuman pelbagai.  Kuih raya macam-macam boleh rasa. Tambah pula bila dapat jumpa dengan sanak saudara atau kenalan yang dah lama tak bertemu. Lagi meriah. 


Tapi segembiranya kita menerima jempuran rumah terbuka, jangan lupa adab-adab yang perlu kita beri perhatian ketika berkunjung ke open house. 


Memang banyak adab-adab yang kita perlu amalkan untuk  menjaga silaturrahim ketika di rumah terbuka. Tapi izh nak fokuskan 3 perkara.


1- AMBIL MAKANAN SEKADARNYA. JANGAN MEMBAZIR


Sedih dan sayu tuan rumah bila masa nak mengemas tengok makanan yang dibazirkan. Mereka menjemput kita untuk mengekalkan silaturrahim. Mereka juga bersusah payah untuk memasak atau menempah makanan yang sedap-sedap untuk di jamu. 


Jadi tanggungjawab kita pula untuk makan sekadarnya dan tidak berlebih-lebih. Jangan amalkan ambil semua makanan yang mahu dirasa kemudian dibiarkan saja begitu tidak dihabiskan apabila kenyang. Sesungguhnya syaitan suka orang yang membazir.


2- MENJAGA MATA & MULUT


Jangan dalam berhari raya kita sibuk untuk memerhati lebih dalam rumah tuan yang menjemput. Begitu juga perlu dijaga percakapan dan persoalan agar tidak menyinggung perasaan tuan rumah.


3- MENGAWAL PERGERAKAN ANAK-ANAK


Tidak salah membawa anak-anak berkunjung ke rumah terbuka walaupun ramai. Kerana di sana ia dapat mengeratkan persaudaraan. Tapi perkara yang perlu dipesan oleh ibu ayah kepada anak-anak adalah untuk menjaga keharmonian suasana ketika open house. 




Cukup 3 perkara yang izh rase amat perlu dicakna ketika kita berHARI RAYA OPEN HOUSE


Apa yang penting ketika mengunjungi banyak rumah terbuka, kita menjaga juga kesihatan. Barulah hari raya lebih bermakna.😊


Continue Reading

Monday 1 May 2023

HARI RAYA DENGAN SHAKLEE | 3 perkara penting untuk gembira di hari raya

 Bismillah

Allahumma solli a'la muhammad


Sedar tak sedar dah 10 Syawal hari ni. Cepat sungguh masa berlalu. Bermakna 10 hari juga Ramadan dah tinggalkan kita.


Macamane dengan semangat Ramadan yang lepas? Moga tarbiyah Ramadan kali ini membekas dalam diri kita dan menjadi bekal untuk kita mengharungi 11 bulan yang mendatang.


Ramadan yg di lalui dengan penuh kesabaran dan moga dirai dengan penuh kesyukuran. 


Syukur kita masih diberi kesempatan untuk merasai Aidilfitri. Syukur kita masih diberi kesihatan yang baik untuk meraikan hari raya.



Pada izh, kesihatan yang Allah kurniakan ketika hari raya ni adalah suatu perkara yang perlu sangat di syukuri. Ia lah kan mana best bila semua orang berkumpul dan bergembira, kita pula duduk dalam bilik sorang-sorang menahan sakit. Sangat tak seronok kan. 



Sebab tu kesihatan ni perkara yang perlu kita cakna supaya dapat bergembira di hari raya.


Untuk entry kali ini izh nak kongsi 3 perkara penting untuk pastikan kesihatan kita terus terjaga dan dapat bergembira di bulan Syawal yang mulia😊



1- MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA

2- KURANGKAN AIR MANIS & MAKAN SECARA SEDERHANA

3- SUPLEMEN TIDAK DI LUPA


Kan mencegah itu lebih baik daripada merawat. Moga gaya hidup yang sihat dapat kita amalkan walaupun berhari raya. Baru lah Aidilfitri kita lebih bermakna. 


Sebab tu izh seronok HARI RAYA DENGAN SHAKLEE 😊


Nak shaklee? Jangan segan-segan roger izh tau. Nak senang tekan je link ni. 


Continue Reading