Thursday 15 June 2023

Sunday 4 June 2023

MULTIVITAMIN SHAKLEE BERWAJAH BARU| Inovasi Shaklee

 


Bismillah
Allahumma solli a'la muhammad



TAHU TAK ??
● Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia ?

TAHU TAK ??
● Vita-lea Shaklee sudah tercipta sejak tahun 1915 lagi oleh pengasas Shaklee sendiri ?

TAHU TAK ??
● Vita-lea Shaklee yang dulu dalam bentuk cecair dan sekarang dalam tablet?

Haaa, untuk entry kali ni, izh nak ajak kalian semua untuk berkenalan dengan multivitamin shaklee yang sangat hebat ni dan kini berwajah baru.




Pada tahun 1915,  konsep vitamin masih belum dikenali.  Dr Forrest Shaklee yang pertama kali cuba mengekstrak minerals daripada sayur-sayur serta tumbuh-tumbuhan dan dijadikan dalam bentuk cecair yang dinamakan “Vitalized Mineral”

Dari situ la terciptanya istilah Vitamin buat pertama kalinya iaitu dari perkataan VITalized-MINeral ni. Hebat kan.

Vitalea yang kalian makan tu, ni ha rupanya masa tahun 1915. Dan semestinya Vitamin ni completely natural. Dan selepas itu barulah banyak syarikat suplimen lain timbul dan buat vitamin yang tiruan atau vitamin sintetik.




Vitalized Minerals - 100 tahun dahulu.

Sebenarnya ada sejarah kenapa Dr. Forrest Shaklee ni bertungkus lumus juga mencipta Vitalized Mineral ni. InsyaAllah dalam entry akan datang izh kongsikan ye.

Peningkatan teknologi telah mengubah bentuk Vita-Lea dari cecair(100 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.

Setiap  tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada  sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan seimbang.

Vita-Lea KINI



Tablet Vita-Lea kini disaluti dengan serbuk nutrisi - Spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab". Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000. MasyaAllah hebatt !!

Dan oleh kerana vita-lea ni adalah produk yang istimewa dari shaklee, jadi shaklee telah berinovasi mencipta formula yang baru dan lebih terbaik untuk manfaat kita semua.

Maka inilah MULTIVITAMIN SHAKLEE BERWAJAH BARU yang akan di lancarkan Jun ni.




Alang-alang kita bercerita pasal vita-lea ni, jom kita tengok pula apa yang terkandung dalam vita-lea ni okeh.😊

Vitamin Yang Terkandung dalam Vita-Lea Shaklee :

▶BIOTIN – Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak

▶VITAMIN  D – Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat

▶BETA KAROTENA – Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi

▶VITAMIN E – Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi

▶KALSIUM – Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot

▶BORON – Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang

▶MAGNASIUM – Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung.

MANFAAT UTAMA VITA-LEA SHAKLEE:

■Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

■Pelengkap Nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.

■Keupayaan Sistem Produktif – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

■Metabolisma – Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

■Elemen Penting Pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.

■Melindungi Organ – melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

MasyaAllah banyak kan manfaat vita-lea shaklee ni. Jadi kalian wajib mencuba 1 botol untuk merasai manfaatnya okey.

Nak senang klik aje link wasap kat bawah ni😊
www.wasap.my/60148230380/nakshaklee

#blogmegashaklee
#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023



Continue Reading

Saturday 3 June 2023

DOA UNTUK BADAN YANG SIHAT | kata-kata motivasi

 Bismillah

Allahumma solli a'la muhammad




اَللَّهُمَّ عَافِنِى فِى بَدَنِى اللَّهُمَّ عَافِنِى فِى سَمْعِى اللَّهُمَّ عَافِنِى فِى بَصَرِى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah.. peliharalah tubuh badanku (daripada segala penyakit zahir dan batin), 
Ya Allah.. peliharalah pendengaranku (daripada penyakit dan mendengar maksiat), 
Ya Allah.. peliharalah penglihatanku (daripada penyakit dan melihat maksiat),
tiada Tuhan yang disembah melainkanMu”.  



Kalau kalian yang biasa baca Al Ma'thurat, pasti selalu dengar doa ni kan. 

Ianya sangat penting agar hati kita terpelihara bersih dengan diberikan kebaikan daripada apa yang dilihat dan didengar.



Sihat badan, pendengaran dan penglihatan ni adalah antara kunci dan kekuatan bagi seorang hamba untuk melakukan ibadah kepada Allah Ta’ala.

Cantik kan islam, doa utk sihat badan, pendengaran dan penglihatan pun di ajar.

Menunjukkan betapa pentingnya perkara tersebut. Sebab dari apa yang dilihat oleh mata kita dan apa yang didengar dari telinga lah akan menentukan tindakan kita seterusnya. Betul kan. 

Jika apa yang kita lihat dan apa yang kita dengar adalah perkara baik-baik, insyaAllah anggota badan kita pun akan menjurus kepada kebaikan. Begitulah sebaliknya. 

Sebab itu kita selalu diingatkan untuk melatih diri menjadi seperti lebah. Bukannya lalat. Lebah yang di cari adalah madu dan madu dapat memberi manfaat pada manusia. Sedangkan lalat hanya mencari benda-benda yang busuk dan seterusnya mengotorkan keadaan.

Maka ayuh kita fastabul khairat! Berlumba-lumba kita ke untuk melakukan kebaikan dan ketaatan pada Allah 😊 InsyaAllah.


Moga kita sama-sama amalkan doa ini dan menjadi motivasi untuk kita dapatkan  badan yg sihat dan digunakan untuk amal kebaikan.


Jom klik sini untuk lebih banyak kata-kata motivasi.


Pesanan penaja,
Izzah Rosely
Rakan Shaklee Anda❤




p/s:
Diriwayatkan  dari Abdurrahman bin Abi Bakrah, ia bekata kepada ayahnya, “Wahai Ayah, mengapa aku selalu mendengar Ayah membaca sebuah doa dan mengulang-ulangnya sampai tiga kali setiap pagi dan sore?”

Abu Bakrah menjawab, “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam berdoa dengan doa itu, maka aku suka mengikuti sunnahnya.”
 (HR. Abu Dawud, no. 5090. Syaikh Al-Albani menilainya sebagai “hasanul Isnad”. Syaikh Al-‘Allamah Ibnu Bazza menghassankan isnadnya di Tuhfah al-Akhyar: 26).


#blogmegashaklee
#nextlevelblogging 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023



Continue Reading

Friday 26 May 2023

RENEWAL MUDAH DENGAN SHAKLEE


Bismillah

Allahumma solli a'la muhammad


Setiap kali tibanya hari kelahiran pada 14 Januari, pasti dapat ucapan hari lahir dari cikgu sekolah lama. Tapi yang 'rare' ucapan dari cikgu yang satu ini, pasti dia akan bertanya, 


"DAH RENEW LESEN ?"


Hah masa tu la baru gelabah mencari lesen untuk pastikan dah expired ke belum. Hehehe


Berkait pasal renew ni, entry kali ni izh nak cerita sikit pasal renew membership shaklee atau perbaharui keahlian shaklee. 


SHAKLEE PUN KENE RENEW ??


Yup. Begitulah kira-kiranya.

Sebenarnya pada awal izh join shaklee dulu sekitar 2014, keahlian shaklee adalah seumur hidup tau.


Namun bermula 2016, di bawah akta  MLM ni mewajibkan untuk semua syarikat MLM mewujudkan sistem pembaharuan keahlian kepada semua ahli syarikat tersebut.



Jadi terpaksa la shaklee kenakan jugak renew keahlian sebanyak RM 35 untuk tempoh selepas 1 tahun.


Tapi sistem ni tak bertahan lama. Sebab shaklee sangat-sangat menjaga ahlinya. Jadi shaklee ubah kepada setiap pembelian barang walaupun 2 barang, tetap dikira telah RENEW SHAKLEE MEMBERSHIP.


Dan renew dengan pembelian barang ni juga  valid 3 bulan sebelum hari lahir kita. Mudah kan!


Haa betapa sayangnya shaklee pada ahli-ahlinya kan. Shaklee akan sedaya upaya mencari jalan supaya ahli-ahlinya dapat menikmati kesemua kelebihan menjadi ahli shaklee. 


Alhamdulillah untungnya izh dapat mengenali syarikat yang sangat cakna kepada kesenangan ahlinya. 


Jom kalian bersama izh dengan shaklee juga😊




Continue Reading

CASH REBATE SHAKLEE| Peluang makan percuma vitamin

 Bismillah

Allahumma solli a'la muhammad


Pernah suatu hari abi diorang bawak balik beberapa barang yang bercop Shell. Katanya dapat tebus mata ganjaran yang terkumpul dari kad Bonus Link sepanjang pam minyak di Shell.


Wahhh bukan main kepalang gembira dapat barang tebusan. Walaupun waktu itu hanya dapat payung dan bekas air je. Hehe.


Siapa tak gembira kan bila kita guna sesuatu servis atau produk diberi ganjaran pula. 


Begitulah dengan Shaklee.😊


Tapi apa yang lagi best dengan shaklee, ia menawarkan cash rebate dengan setiap pembelian barangan shaklee. Lagi syok kan sebab shaklee bagi cash untuk beli apa saja. Bukan berbentuk barangan yang kita terpaksa guna. 



CASH REBATE TU CAMANE?


Mari izh terangkan. Untuk setiap barangan shaklee, ada point-point tertentu atau mata ganjaran untuk setiap barang tu. 


Jadi semakin banyak kita membeli dan menggunakan barangan shaklee, maka makin banyaklah point kita yang terkumpul. Dan apabila point kita telah mencecah minima 150uv, shaklee akan bagi bonus berbentuk cash atau tunai ke akaun kita. Best sangat kan?


Sebab tu ramai ahli team izh yang hanya menggunakan shaklee tanpa membuat bisnes tapi tetap mendapat bonus dari shaklee. 


Inilah yang dinamakan cash rebate!


Jadi dengan cash rebate ni mereka dapat beli semula vitamin yang dimahukan. Sepertinya dapat percuma kan.


Kalau kalian nak lebih memahami, boleh rujuk jadual di bawah okey. Lagi menarik, shaklee tawarkan bonus ni hingga 21% tau. Banyak!


..


Sebab tu dalam shaklee menekankan 3S.

S1- SHARING

S2- SPONSORING

S3- SERVISING



CASH REBATE

Continue Reading

Tuesday 16 May 2023

SET HELLO NEW YOU| Bantu misi kurus dengan sihat

 Bismillah

Allahumma solli a'la muhammad


Semalam buka group wasap family, aduh sentap pulak dapat mesej dari ahli family.


"30 HARI RAMADHAN KITA USAHA TURUNKAN BERAT BADAN , TAPI HANYA 3 HARI SYAWAL BERAT SENANG BERTAMBAH"


Tapi memang betul kan. Iyalah menu-menu di hari raya memang bukan calang-calang. Tambah-tambah dengan air manis yang pelbagai rasa untuk dinikmati. 


Oleh itu kawan-kawan, mari lah kita insofi semula diri sendiri dan marilah kita meneruskan semula gaya hidup ketika di bulan Ramadan. Hehe. 


Kena sangat la bila shaklee buat promo bulan ni SET HELLO NEW YOU. 


Set ni sebenarnya dah bermula Ogos 2022.

Kenapa namanya Hello New You? Sebab dengan bantuan set ni, kita merubah menjadi kita yang baru 😊Dari fizikalnya semacam makcik-makcik terus transform menjadi seperti anak dara. Gituu😊


Dengan set ini lah izh memulakan misi untuk mengurangkan kilo badan. Remuk jiwa bila dapat pertanyaan dah berapa bulan mengandung sedangkan baby tiada dalam kandungan. Hanya mengandungkan lemak-lemak yang tidak sihat. 


Bermula dengan set ini lah izh belajar tentang ilmu INTERMITTENT FASTING (IF) & DIET KETO dalam misi penurunan berat badan. Pada entry  yang sebelum ini izh ada berkongsi berkaitan IF. Korang boleh baca semula disini tau. 



Dalam misi penurunan berat badan satu perkara yang teramat penting adalah menu makanan harian kita. Sebab tu ada pepatah mengatakan KITA ADALAH APA YANG KITA MAKAN. Benar. Apa yang kita makan bukan saja mempengaruhi saiz dan berat badan kita tapi juga mempengaruhi akhlak kita juga tau. 


Penyakit-penyakit yang singgah di tubuh kita juga banyak dipengaruhi oleh pemakanan kita kan. Tapi itulah untuk sediakan menu-menu yang berkhasiat dan memenuhi nutrisi yang diperlukan  oleh badan ni adalah sesuatu yang bukan senang. Perlu pada mujahadah. Sebab tu untuk  misi kurus izh kali ni set hello new ni sangat-sangat membantu 😊.


Jom kita tengok satu-satu item yang dalam set ni. ,



✅Cinch Shake 

-membantu turun berat badan tanpa susut otot sebab mengandungi LEUCINE. Jadi badan takkan menggelebeh atau berat rebound. 


✅Lecithin

-Membantu EMULSI LEMAK aka memecahkan lemak supaya lemak lebih mudah terbakar


✅Omega Guard 

-Membantu cepatkan proses pembakaran lemak


✅Herblax

-Bantu detoks dan bersihkan usus, singkirkan kotoran yg jadi sisa atau kerak najis di dinding usus dan salah satu punca perut buncit




Bermula dari,


✅ bersihkan & reset sistem pencernaan dgn Herblax

✅ ambil Protein Cinch untuk kawalan pengambilan mknn tinggi kalori, beri tenaga di siang hari serta membina otot agar bdn tidak geleber dan last, 

✅ Omega & lecithin bantu bakar lemak & tingkatkan metabolisma bdn.


Bila consistent amalkan, lepas exercise pun badan tak rasa cepat letih, lemau. Terasa lebih fit & cergas berbanding masa dulu.


Menariknya kalau korang beli Set Hello New You ni bulan ni, korang bakal dapat FREE CINCH SHAKE lagi setong 😍😍



Alhamdulillah ramai yang dapat feedback yang cukup wow bila guna SET HELLO NEW YOU ni. Ok jom izh guide sampai korang dapat berat ideal  😊😊



www.wasap.my/60148230380/naksetHNY


Continue Reading