Saturday 17 November 2018

ASID LEMAK OMEGA 3 & MINYAK IKAN SHAKLEE | Al Auf Vibes~


Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika temui 1 rahsia dimana, penduduk eskimo yg duduk berlainan tempat, mempunyai tahap kesihatan yg berbeza.

Orang eskimo yg hidup di greenlad,denmark yg bekerja sebagai nelayan, x mengalami masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi & kencing manis.

Manakala,
Orang eskimo yg hidup kat Amerika Utara, yg bekerja sbgai pemburu, yg mane sumber makanan mereka adalah daging, byk kolestrol, mengalami byk masalah kesihatan berkaitan jantung

Nampak kan tu, pemakanan amat mempengaruhi kesihatan kita.

Jadi kajian lanjut menunjukkan ikan air laut sejuk ni mengandungi lemak tak tepu yg sangat tinggi iaitu DHA & EPA
Yang mne 2 jenis asid lemak ni byk sangat2 kebaikan utk badan kita.



🐟 Apakah ia asid lemak omega-3?

- sejenis lemak yang baik yg badan perlukan kerana banyak manfaat untuk kesihatan badan.

- jadi penting utk kita pilih makanan yg ada lemak yg sihat sbb badan kita tak dapat hasilkan asid lemak omega3 dgn sendiri. Perlu kita ambil dari makanan seharian.

-asid lemak omega 3 ni membantu hasilkan sel membran yg sihat kpd sel2 badan.

Sel membran ni ibaratnya pintu masuk la. Bila membran sel sihat, jadi nutrisi keluar masuk dengan lebih sempurna. Jadi sel badan boleh berfungsi dengan lebih bagus optimum & efisyen.

Sel ni mcm kita tahu adalah komponen asas yg penting dlm bdan kita.

Dari sel terbentuk tisu, kmdian organ, kmdian sistem, kemdian manusia.

Jadi sel yg x sihat boleh jejas kpda tisu, organ ,sistem dan badan kita.

Kalo pintu  sel kita ada masalah, camne zat2 baik nak keluar masuk dengan sihat kan.

🐟 Apa ada dalam kandungan asid lemak omega-3?
- kaya dgn DHA & EPA - yang mana keduanya banyak kebaikan utk badan berfungsi dgn lebih optimum.

*DHA* - docosahexaenoic acid,
*EPA* - Eikosapentaenoat acid

Itu mkna dha n epa utk siapa blm tahu..pnjg tp kita ingt yg ringkas shja.

Kedua2nya adalah antara jenis asid lemak omega 3.
.
.

🐟 Ada byk kebaikan omega 3 ni.

Tapi pagi ni kita nak sebut *7 kebaikan omega 3 utk ksihatan.*

😍 *1-KESIHATAN JANTUNG YG SIHAT*

- DHA & EPA adalah nutrien yg bagus utk anti keradangan. Badan kita mudah berlaku keradangan@inflamation. Kalau ada keradangan terutama kat salur darah, ia akn merosakkn salur darah. Jadi salur darah tu akan lebih berisiko nak dapat plague.
-penting sangat utk kita jaga salur darah kita dari dapat keradangan terutama kat salur darah jantung. Sebab bila salur darah sihat, so darah dapat berjalan dengan lancar, dan jantung pun dapat pam dengan baik.

- kalau salur darah tersumbat, jantung jadi stress dan beban utk pam darah ke seluruh badan. Itu akan jadi masalah2 berkaitan jantung.
Bayangkan kalo longkang tersumbat la.
Kalo penuh sampah, camne air nak lalu
Nampak kan?


😍 *2. KESIHATAN MINDA*

-DHA boleh elak dapat penyakit elzhaimer.

- otak terdiri dari 60% lemak jadi penting amik lemak yg sihat ( yg dari omega 3)
- sel2 otak (neuron) x dapat berhubung dgn baik jadi perlukan sokongan drpd asid lemak yg sihat(DHA) utk perhubungan antara sel2 otak tu.
- bila neuron sihat, jadi transmition antara sel neuron berlaku lebih lancar.

Asid lemak omega 3 ni bantu kita utk fokus jgk.

😍 *3. KESIHATAN SENDI*
- sendi komponen badan yg amat penting utk kita bergerak setiap hari.
Macam ensel pintu.

DHA & EPA dlm omega3 berfungsi 3 cara utk sendi:

1- sebagai anti keradangan pada sendi. Keradangan pd sendi boleh sebabkan sendi bengkak & sakit.

2- utk elak masalah osteoarthritis yg byk brlaku pada org tua. Penyakit ni berlaku akibat kerosakan pd tulang rawan.

Jadi asid lemak omega 3 ni dia larut dlm tisu rawan.jadi dia boleh cegah kemusnahan enzim yg mmbentuk tisu rawan tu

3- sebagai pelincir utk sendi so kita bergerak dgn kebih sempurna & x sakit.

Tengok tua2 pun bergerak aktif kan
Kita pun harap tua2 nnt kita maaih cergas nak buat amal ibadah kalau dipanjangkn umur.

Sebab tu kena jga badan dari sekarang.

😍 *4.KESIHATAN IBU HAMIL*
- boleh amik sepanjang kehamilan untuk perkembangan otak dan penglihatan awal bayi.
- trimester 3, amat penting amik omega 3 sebab time ni perkembangan otak berlaku dgn cepat.

Awal kehamilan sbnrnya dh boleh mula amik omega sbb baby,organ pertama yg berfungsi adalah jantung.

Jadi asid lemak omega 3 ni bantu peredaran darah jantung bby berlaku dgn baik.



😍 *5. KESIHATAN KULIT*
-asid lemak Omega 3 bantu hasilkan kulit yg cantik dan sihat.
Bagaimana? 
-Omega 3 bantu membentuk sel membran yg sihat.
-Juga elakkn kekeringan kulit & kurangkan penghasilan kedutan
-elakkan keradangan pada kulit.
Sebab tu ramai yg cuba omega guard utk masalah ekzema berhasil.

😍 *6. KESIHATAN IMUN*

- omega 3 menyokong penghasilan  t-cell dalam badan. T-cell ni sejenis sel imun dalam badan yg perlu dihasilkan utk wujudkan antibodi yg lebih tebal.

Ok last skli asid lemak omega 3 ni bagus utk kesihatan sperma

😍 *7. KESIHATAN SPERMA*

DHA n epa bantu komponen fosfolipid buat sel sperma lebih sihat, so protection lebih tinggi.
.
.
🐟 Jadi *kenapa kita kena pilih omega guard sebagai minyak ikan yg terbaik?*

Sebab 6 perkara ni:

1⃣ *BERGRED FARMASEUTIKAL*
-maksudnya omega ni bukan ubat tapi kualiti kesan dia sangat bagus.

2⃣ *PROSES PENYULINGAN 3 PERINGKAT*
-minyak ikan ni perlu di tapis 3x sebab :

1- nak tapis heavy metal dalam ikan.
2- utk dapatkan minyak ikan yg berkepekatan tinggi & utk elakkan masalah dapat transfat supaya kualiti terjaga.

3️⃣ *PEKAT DENGAN DHA & EPA*

4️⃣ *LENGKAP DENGAN 7 SPEKTRUM*
-ada 7 spektrum lengkap asid lemak omega 3 yg tulen

5️⃣ *KURANG HANYIR*

6⃣ *DIIKTIRAF OLEH FRIENDS OF THE SEA*

-penting pengiktirafan ni supaya sumber omega berpanjangan.

-FOTS dah bgi guideline kalau nak tangkap ikan,kena pilih tempat yg sesuai utk tangkap & x tangkap ikan waktu ikan tengah bertelur.

-jadi shaklee patuh pd guideline ni maka dapat lah sijil ni.

- kalau ade sijil FOTS ni,minyak ikan tu akan dihasilkan dlm tempoh yg panjang.

Sebab yg ke 6 ni pun sangat penting ye

Shaklee ada salelit untuk pilih ikan yg betul2 matang sahaja..anak2 ikan & ikan yg ada telur shaklee x amik.

Dan bekalan ikan untuk omega guard shaklee sentiasa ada untuk 60 tahun lg. Utk memastikan kemandirian spesies berlaku.ayat sains bljr  f2 dlu. Spesis x pupus. Sentiasa ada. Sbb x ganggu pembiakan ikan2 tersebut.

November ni ade special promotion untuk Omega Guard, minyak ikan shaklee.

Share beli 2 botol dah dapat less 5 %.
Share beli 6 botol daoat FREE 1 botol.

Kalau nak harga jimat ni cepat-cepat klik wasap izh ni ye 😍

http://izzahrosely.wasap.my/

Continue Reading

Friday 16 November 2018

SEJARAH SHAKLEE | Al Auf Vibes~

KISAH PENGASAS SHAKLEE
.
.

1. DIUJI DENGAN TUBERCULOSIS SEJAK LAHIR

Beliau dilahirkan di Iowa pada tahun 1894. Mengikut kisah, beliau tidak menangis sebagaimana bayi yang lain. Malah tubuhnya pucat dan biru menyebabkan bidan dan doktor terpaksa membuat pelbagai usaha untuk merangsang pernafasannya. Beliau telah disahkan menghidap tuberculosis (batuk kering) sejak lahir. Doktor yang merawatnya menjangkakan hayat beliau boleh bertahan sampai usianya 8 tahun saja.





Mak ayah dia dulu yg percaya pasai natural remedi ni... X hairanlah Forrest suka pasal benda2 semulajadi


Mak ayah beliau tidak dapat menerima kenyataan ini. Jadi, mereka sekeluarga berpindah ke sebuah ladang di utara Iowa di mana tanahnya subur dan persekitarannya segar dan bersih. Mereka percaya dengan udara yang bersih dan segar, makanan yang kaya dengan nutrisi yang berkualiti serta rehat yang mencukupi dapat bantu menyembuhkan anak mereka.Walaupun kesannya lambat, tetapi akhirnya anak mereka sembuh dari tuberculosis.


2. MEMILIH MENJADI CHIROPRACTOR

Semasa zaman remajanya, Dr. Shaklee   banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan ‘dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit’. Dari sini beliau mula percaya bahawa manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini mendorong minat beliau ke arah science of chiropractic care.

Minat beliau terhadap nutrisi bermula ketika menjadi chiropratic practitioner. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan “Vitalized Minerals” yang sekarang dikenali sebagai Vitalea.





3. DIUJI DENGAN KANSER

Pada tahun 1921, beliau diuji dengan penyakit kanser dipercayai berpunca dari pendedahan yang terlalu lama terhadap sinaran-x..ketika itu, Dr.Shaklee byk menghabiskan masa mengkaji ttg X-ray diagnosis.

Pakar menasihatkan lengan kiri dan kaki beliau dipotong untuk menyelamatkan nyawa beliau. Dr. Shaklee tak dapat menerima keputusan bahawa beliau terpaksa ‘dikudungkan’ memandangkan ketika itu kerjayanya sbg doktor baru nak naik dan isterinya pula tgh mengandung. Akhirnya, beliau nekad untuk bergantung sepenuhnya kepada kuasa penyembuhan semulajadi.

Beliau memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan juga berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang tinggi. Dengan kepercayaan yang mendalam terhadap kuasa penyembuhan semulajadi dan pemikiran yang positif, akhirnya beliau disahkan bebas dari kanser. Bermula dari sini beliau semakin yakin bahawa nutrisi yang bagus dapat membantu orang lain utk hidup sihat.


4. PEMBUKAAN SHAKLEE CORPORATION

Atas kesedaran betapa nutrisi yang bagus boleh merawat penyakit, Dr.Shaklee bersama 2 orang anaknya memulakan bisnes mengedarkan suplemen. Mereka menubuhkan Shaklee Corporation di kala usia Dr. Shaklee mencecah 62 tahun. Cabaran untuk mereka ketika memulakan bisnes ini adalah untuk menyakinkan rakyat Amerika tentang kepenting suplemen. Ini kerana ketika itu, rakyat Amerika percaya bahawa negara mereka adalah the best fed nation.

Untuk memastikan pengetahuan tentang kepenting suplemen dapat disebarkan, Dr. Shaklee memberitahu anaknya, “Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.”.

Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhir keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct selling produk suplemen menjadi satu fenomena pada hari ini. Semuanya bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah “Thoughtmanship” beliau.



Continue Reading

Thursday 15 November 2018

DOA MOHON PETUNJUK , KETAQWAAN & KEKAYAAN | Al Auf Vibes~

DOA MOHON PETUNJUK , KETAQWAAN & KEKAYAAN






Pejam celik pejam celik dah bertemu Jumaat semula.
Sekejap je masa yang berlalu.

Apepun manfaatkan sebaik mungkin penghulu segala hari yang penuh barakah ni.

Buat kebaikan sekecil mana pun, pahala berganda-ganda insyaAllah.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad .

#salamJumaat
Assalamualaikum & selamat pagi semua💗

Kedai shaklee izh ON dah ni. Jap lagi nak order omega utk schollmate..kalau ade yg nak selit royak derah dih.
.
.
#1hari1doa
#teambijaksihat
#alaufvibesDIBERIKAN 







Continue Reading

Sunday 11 February 2018

3 PERKARA KENAPA KITA PERLU SIHAT

Bismillah
Allahumma solli a'la muhammad

2 nikmat  yang selalu sangat kita lupa ialah nikmat lapang dan nikmat sihat.

Bila sibuk tercungap-cungap barulah merindui saat-saat lapang.
Time lapang duk goyang kaki saja.

Bila sakit pula barulah merintih untuk sihat.
Sedangkan waktu sihat dihabiskan dengan perkara sia-sia.

MANUSIA ~ nasia ..selalu lupa


Oh ya kita sihat ni untuk apa ye sepatutnya?

1) PERTAMA : paling utama ~ UNTUK BERIBADAH PADA ALLAH 



Allah Ta’ala berfirman
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah-Ku”. (QS. Adz Dzariyat: 56).

..apa rasa bila nak solat sakit lutut? Allahhhh...hanya tuhan saja yang tahu..solat pun tak jadi syok kan.

..apa rasa bila nak mengaji tekak pula sakit? Allahh tak dapat nak mengaji lama2 kan.

jadi badan yang sihat dapat memudahkan kita untuk beribadah dengan sebaik mungkin. kan kan kan

2) KEDUA : NAK JADI ORANG YANG BERMANFAAT PADA ORANG LAIN :)

Dalam sabda nabi;
عن جابر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « المؤمن يألف ويؤلف ، ولا خير فيمن لا يألف ، ولا يؤلف، وخير الناس أنفعهم للناس »

Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah Shallallahualaihiwassalam bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni)



Apa rasa bila kita dapat tolong orang yang dalam kesusahan? mesti kita gembira kan.

Orang yang tak rasa gembira bila tolong orang, dia sedang mengalami hati yang sakit.
Harus dirawat segera.

Tapi kalau badan sakit,terlantar saja, macamne kita nak bagi manfaat pada orang lain. betul tak?

 

3) KETIGA : UNTUK JADI HAMBA YANG LEBIH DIKASIHI ALLAH





Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam :

اَلْـمُؤْمِنُ الْقَـوِيُّ خَـيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَـى اللهِ مِنَ الْـمُؤْمِنِ الضَّعِيْفِ وَفِـيْ كُـلٍّ خَـيْـرٌ

Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allâh daripada Mukmin yang lemah; dan pada keduanya ada kebaikan.

Nampak tak betapa pentingnya kita perlu sihat?
Badan kita,amanah dari Allah.
Maka wajib kita jaga dengan sebaiknya.💗




Continue Reading