Wednesday, 26 April 2023

INSENTIF SHAKLEE MALAYSIA | Jana income tambahan

 Bismillah

Allahumma solli a'la muhammad


Sedar tak sedar dah hampir 10 tahun izh bersama dengan bisnes shaklee. Setelah bergelar surirumah dengan kehadiran cahayamata kembar, shaklee lah bisnes online yang pertama izh buat. 


Adatlah kan ade pasang surut dalam berbisnes ni. Dan sepanjang tempoh ini bukan bisnes shaklee saja yang izh buat. Ada juga beberapa bisnes lain yang izh cuba tapi shaklee saja bisnes yang masih konsisten. 



Nak tahu kenapa? Sebab shaklee menawarkan 3C untuk ahli yang menyebarluaskan produk shaklee yang berkualiti ini kepada orang ramai. 


Apa 3C tu? Ok jom izh cerita. 


1- CASH

2- CAR

3- CONVENTION


3C ni lah INSENTIF SHAKLEE MALAYSIA tawarkan untuk ahli yang komited dengan bisnes shaklee.


Continue Reading

Thursday, 13 April 2023

NAK KURUS DENGAN CEPAT | 2 perkara yang perlu dielakkan

 Bismillah

Allahumma solli a'la muhammad


Menjadi impian pada semua orang tak kira lelaki atau perempuan untuk memiliki badan yang kurus langsing dan fit. Tapi ada yang kata, orang kurus ni tak semestinya tak de penyakit. Tapi kalau orang gemuk ,pasti ada penyakit. 


Apa yang paling penting adalah memiliki badan yang punya berat ideal dan juga sihat.


Tapi untuk kurus bukan dapat terus dalam masa yang singkat. Perlu pada masa dan proses. 


Disini izh kongsikan 2 perkara penting yang perlu di elakkan pada mereka yang mahu kurus. 


1- ELAK MAKAN MAKANAN KARBOHIDRAT, TEPUNG & GULA PUTIH


2- ELAKKAN STRESS


Di dalam shaklee ada 3 perkara yang ditekankan untuk mereka yang mahu mempunyai badan yang kurus. 


1- PENGAMBILAN MAKANAN YANG SEDERHANA

2- BERSENAM

3- PENGAMBILAN SUPLEMEN


Pelbagai diet yang boleh di amalkan untuk KURUS DENGAN CEPAT Apa yang penting perlu kita memilih yang selamat dan juga kita boleh amalkan sebagai gaya hidup kita yang sihat.

Continue Reading

Monday, 10 April 2023

SURIRUMAH BEKERJAYA | 5 sebab Shaklee bisnes online yang terbaik di Malaysia

Bismillah

Allahumma solli a'la muhammad


Menjadi impian semua orang bila dah belajar tinggi-tinggi mahu kerjaya yang boleh menjamin masa depan. 


Tapi begitulah realiti zaman sekarang, bukan mudah untuk mendapat pekerjaan yang sama dengan bidang yang dipelajari semasa di universiti dulu. Kalau ada pun jauh pula dari keluarga & sebagainya.


Tambahan selepas bekeluarga, ramai para isteri yang memilih untuk menjadi surirumah dengan pelbagai sebab walaupun berlatarbelakang pendidikan yang tinggi. 


Namun skeptikal masyarakat pada status seorang surirumah yang goyang kaki dan sebagainya kini berkurang. Mana tidaknya ,ramai sekarang surirumah yang membuat bisnes online sangat berjaya sekarang. 


Ia lah. Seorang surirumah juga punya impian seperti orang lain. Mahu berduit sendiri. Mahu membahagiakan orang lain. Takde la goyang kaki habiskan duit suami seperti yang diperkatakan orang kan.



Jadi antara alternatifnya bisnes adalah salah satu cabang untuk menjana pendapatan walaupun surirumah.


Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang, tak salah isteri yg tak bekerja ringankan  ekonomi rumahtangga. Dalam pada kita nak cut perbelanjaan itu ini, pendapatan pun nak kne usaha tambah. Jangan tak tahu banyak kes penceraian disebabkan oleh bab kewangan. Minta jauh la ye.



Direzekikan dengan sepasang anak kembar pada akhir 2014 membuatkan izh berfikir panjang untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang guru atau tidak di sebuah sekolah swasta. Setelah  berbincang dengan suami, izh mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. 


Kekangan kos untuk pengasuh anak kembar antara faktor yang menjadi penyebab kami mengambil keputusan sebegitu. Mujurlah pada awal 2014 itu izh sudah memulakan bisnes shaklee. Alhamdulillah. 



Walaupun perjalanan bisnes shaklee izh sudah lama, izh ade juga mencuba bisnes-bisnes yang lain. Tapi yang paling bertahan hingga kini adalah bisnes shaklee. Ini antara 5 sebab kenapa izh bertahan dengan bisnes shaklee dan merasakan ia adalah bisnes online yang terbaik di Malaysia. 😊


1- BISNES PRODUK KESIHATAN YANG DI YAKINI

2- BISNES YANG HOME BASED

3- BISNES YANG MEMPUNYAI SISTEM  MUDAH DIKENDALIKAN

4- BISNES YANG BAGI PELUANG UNTUK MEMILIKI ASET

5- BISNES MLM YANG PATUH SYARIAH DAN ADIL



Seorang surirumah yg bergelar seorang ibu jgk mahukan yg terbaik utk anak2. Bukan takat hal pendidikan nak sekolahkan anak2 di tempat yg bagus biahnya, tapi kita nk bagi kesihatan yg trbaik utk mereka kan. Tak susah2 mtk dgn suami. Ibu yg cakna akan sediakan makanan & suplemen yg bagus2 utk anak2.


Seorang surirumah jgk ade ibu ayah yg mahu di balas segala penat lelah mereka sewaktu membesarkan dia.


Syukur walaupun umiabah tahu anaknya berhenti kerja utk menguruskan rumahtangga beberapa tahun dulu, tapi umiabah tak pernah marah. Tak pernah bising. Sebab mereka tahu keputusan itu yg terbaik.


Tapi kita sebagai seorang anak, tak trgamak utk melupakan segala pengorbanan mak ayah dlu kan. 


Iya betul duit bukanlah segala-galanya. Tapi dengan duit jgk la kita boleh mencipta kebahagian. 


Sebab tu izh pilih utk jadi surirumah dan suriummah yg dapat memberi kebahagian pada orang tersayang. Menyumbang utk ummah ketika memerlukan. Bukan surirumah yg biasa2. 


Dan sebab itu izh pilih b i z shaklee sbagai karier seorang surirumah. Jangan tak tahu slip gaji shaklee laku utk dapat loan kereta dan rumah. 


Dah dapat greenlight suami, apa tunggu lagi geng surirumah. Jom kita jana kewangan keluarga dan dalam masa yg sama jaga kesihatan keluarga trsayang❤️


Kita pilih Shaklee sebagai BISNES ONLINE yang dapat membantu kita capai impian kita. Jom sama-sama😊

Continue Reading

Friday, 7 April 2023

MUKA BERNANAH SEKSA NAK PAKAI TELEKUNG | Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

 MUKA BERNANAH SEKSA NAK PAKAI TELEKUNG


Tengah buka facebook tiba-tiba naik memori posting beberapa tahun lepas pasal muka bernanah. 


Itulah antara luahan seorang mangsa yang pakai kosmetik entah apa-apa kandungan di dalamnya.


Kesian juga dengar. Sehari kena sedia 2 telekung. Pastu time nak pakai telekung tu kena lapik kain lain dulu. Bila kain tu terkena nanah-nanah tu,auchhh ngilu dan ngerinya rasa.


Tak dapat dibayangkan macamane la keadaannya bila di bulan Ramadan solat dengan muka macam tu. Sangat tak selesa. Tambahan pulak nak raya lagi la keyakinan nak jumpa orang akan menurun.


Dah nak buat macamana. Terpaksa la terima akibat. Sebab tu nak tempek ape-ape kat muka wajib hati-hati. Kulit muka ni sensetif. Dah la tempat  yang memang  orang tengok.

kan?

.


Dulu pun izh pernah kena time sekolah menengah. Biasa la waktu nak bercantik2.Gatal tangan nak cuba krim ape ntah. Tiba naik bengkak bawah mata terus stop. Dah tak pakai ape2 sampai sekarang.


Guna suplemen cantik shaklee je beberapa tahun ni untuk VITAMIN KULIT. Tak yah fikir dah nak bertempek2 sangat kat muka.


Yang paling menjadi bff dengan izh adalah hot item shaklee, SUSTAINED RELEASE VITAMIN C & ESP.


Dua ni adalah suplemen asas untuk dapat kulit yang sihat dan cantik.



Jom izh share apa lagi manfaat untuk 2 item ni lagi ye.



Kebaikan UTAMA SR vitamin C Shaklee:

🌸gebukan kulit dan hilangkan parut

🌸menguatkan gusi dan tulang

🌸menguatkan imuniti badan dari jangkitan penyakit.

🌸menguatkan saluran darah.

🌸membantu proses tambah sel darah merah.

🌸sebagai anti-oksida

🌸bantu penghasilan kolagen dalam badan.

🌸tingkatkan kesuburan.



KELEBIHAN ESP UNTUK KECANTIKAN


💥 Menjadikan kulit jadi lebih cerah, anjal dan gebu

💥 Mengatasi masalah parut gelap atau berlubang

💥 Mengatasi masalah kulit terlalu kering / oily

💥 Menjadikan kulit lebih halus dan lembut

💥 Mengawal masalah pertumbuhan jerawat

💥 Menguatkan akar rambut dan mengurangkan keguguran rambut

💥 Mengekalkan tenaga untuk jangka masa panjang



Banyak sangat yang izh pernah baca dan sharing dari mereka yang dapat manfaat dari 2 hot item ni. 


Kebetulan pulak bulan ni shaklee ade buat Promo tak masuk akal untuk set cantik ni. 


PROMO RAHMAH namanya. 


*ESP* dan *VITAMIN C* hanya *RM99* 😊


Harga asal:


ESP - RM 173

VITAMIN C -  RM 115


Patutlah berduyun-duyun datang grab


Harga terlalu rahmah ni😃

Jom dapatkan segera sebelum kehabisan stok!


www.wasap.my/60148230380/NakSetRahmah


Continue Reading

Friday, 10 February 2023

INTERMITTENT FASTING

 Bismillah

Allahumma solli a'la muhammad.


Kisahnya, dulu-dulu waktu awal izh berkenalan dengan frasa INTERMITTENT FASTING (IF), izh merasakan ia salah satu diet yang sangat susah dan menyukarkan. Ada waktu-waktu tak boleh makan, malam dah tak boleh jamah makanan, skip breakfast dan sebagainya. 


Tambahan ketika itu masih menyusu anak , izh merasakan ia sesuatu yang payah dibuat. Tapi bila membaca pengalaman kawan-kawan yang berjaya dalam INTERMITTENT FASTING, izh cuba menggali ilmu yang berkaitan hinggalah terjumpa blog ini ( http://www.sihatmakanvitamin.com/2023/02/bagaimana-buat-intermittent-fasting.html)


Rupanya ia adalah sangat menarik dan bukan sekadar diet tapi sebenarnya boleh di jadikan habit baik kita atau healthy life style. 🙂


APAKAH INTERMITTENT FASTING ??


Secara ringkas yang boleh izh terangkan, INTERMITTENT FASTING ni adalah tempoh masa makan kita dalam seharian. Seperti berpuasa di bulan Ramadan yang ada waktu sahur dan waktu berbuka, begitu juga IF ini. Sebab tu dalam carian intermittent fasting, kalian akan bertemu dengan frasa EATING WINDOW dan  FASTING WINDOW.


EATING WINDOW : tempoh masa makan

FASTING WINDOW : tempoh masa berpuasa


Dalam IF kita boleh tentukan bilakah waktu eating  window dan fasting window kita. Waktu tidur juga dikira dalam fasting window. Menarik kan?


BAGAIMANA BERMULA INTERMITTENT FASTING


Ada banyak pelan atau protokol yang sering di amalkan dalam Intermittent fasting. Antaranya 12:12, 14:10, 16:8, 18:6, 20:4 dan 24:0. Untuk kalian yang baru berjinak dengan IF ini, protokol 12:12 adalah paling baik.


12:12 bermaksud 12 jam tempoh kita berpuasa dan 12 jam tempoh untuk kita makan. 16:8 -16 jam berpuasa 8 jam waktu untuk makan. Dan begitulah seterusnya. 


Untuk bermula waktu fasting window dan eating window, ianya  bergantung kepada kita untuk memilih pada jam berapa. Asalkan ia memenuhi berapa jam protokol IF yg kita pilih.


Sebagai contoh, kita memilih protokol IF 12:12. Jika waktu makan kita bermula pada pukul 8 pagi, maka ia akan berakhir 12 jam selepas itu iaitu pada pukul 7.59 pm. Dan waktu puasa kita akan bermula pada pukul 8 malam hinggalah 7.59 pagi esoknya.



APA YANG BOLEH DIMAKAN KETIKA EATING WINDOW ??


Tempoh makan bukanlah tiket untuk kita makan semahu-mahunya seperti waktu iftor  ketika puasa Ramadan. Jika diambil semua jenis makanan, tujuan untuk kita buat Intermittent fasting menjadi salah. 


Ketika tempoh makan kita di nasihatkan untuk mengambil makanan & minuman yang berkhasiat serta seimbang. Disarankan juga untuk kita elakkan makanan & minuman tinggi gula, karbohidrat serta makanan segera dan diproses.


Sebab itu kita boleh pilih corak pemakanan kita ketika IF samada dari diet suku-suku separuh, diet ketosis, diet atkins atau lain-lain.


ADAKAH TIDAK BOLEH LANGSUNG MAKAN DAN MINUM KETIKA FASTING WINDOW. 


Menariknya dalam intermittent fasting ini kita boleh minum air kosong dan beberapa minuman lain antaranya kopi@tea 0, minyak kelapa dara dan cuka epal. 


APA MANFAAT INTERMITTENT FASTING?


Dalam galian ilmu Intermittent fasting ini, izh menjumpai banyak manfaat. Ini kerana apabila kita memendekkan waktu makan dan berpuasa selama beberapa jam setiap hari, kita juga telah bantu badan kita untuk membakar lemak dengan cepat. 


Antara manfaat lainya adalah:


1- MENINGKATKAN HGH- iaitu suatu hormon yang bantu menaikkan kepadatan otot. Otot bertambah, metabolisma meningkat maka lemak makin banyak boleh dibakar.


2- MENURUNKAN GLUCOSE & INSULIN DALAM BADAN- maka badan akan mencari lemak visceral fat dalam tubuh kita untuk dipecahkan menjadi tenaga.


3- MEREHATKAN SISTEM PENCERNAAN.


4- MENGAWAL RASA LAPAR- sensitiviti sel otak akan meningkat. Maka hormon leptin akan makin dirembeskan utk membuat kita rase lebih kenyang.



Untuk penurunan berat badan, dari pengalaman diri sendiri, intermittent fasting serta pengambilan suplemen dan senaman juga sangat membantu. 


Banyak lagi sebenarnya kebaikan intermittent fasting ni. Moga sedikit sebanyak yang izh kongsikan dapat memberi gambaran bagaimana IF dapat di amalkan seterusnya menjadi lifestyle kita. 


InsyaAllah izh kongsikan lagi dalam entry akan datang okey. 


Assalamualaikum 😍


Continue Reading

Saturday, 17 November 2018

ASID LEMAK OMEGA 3 & MINYAK IKAN SHAKLEE | Al Auf Vibes~


Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika temui 1 rahsia dimana, penduduk eskimo yg duduk berlainan tempat, mempunyai tahap kesihatan yg berbeza.

Orang eskimo yg hidup di greenlad,denmark yg bekerja sebagai nelayan, x mengalami masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi & kencing manis.

Manakala,
Orang eskimo yg hidup kat Amerika Utara, yg bekerja sbgai pemburu, yg mane sumber makanan mereka adalah daging, byk kolestrol, mengalami byk masalah kesihatan berkaitan jantung

Nampak kan tu, pemakanan amat mempengaruhi kesihatan kita.

Jadi kajian lanjut menunjukkan ikan air laut sejuk ni mengandungi lemak tak tepu yg sangat tinggi iaitu DHA & EPA
Yang mne 2 jenis asid lemak ni byk sangat2 kebaikan utk badan kita.



🐟 Apakah ia asid lemak omega-3?

- sejenis lemak yang baik yg badan perlukan kerana banyak manfaat untuk kesihatan badan.

- jadi penting utk kita pilih makanan yg ada lemak yg sihat sbb badan kita tak dapat hasilkan asid lemak omega3 dgn sendiri. Perlu kita ambil dari makanan seharian.

-asid lemak omega 3 ni membantu hasilkan sel membran yg sihat kpd sel2 badan.

Sel membran ni ibaratnya pintu masuk la. Bila membran sel sihat, jadi nutrisi keluar masuk dengan lebih sempurna. Jadi sel badan boleh berfungsi dengan lebih bagus optimum & efisyen.

Sel ni mcm kita tahu adalah komponen asas yg penting dlm bdan kita.

Dari sel terbentuk tisu, kmdian organ, kmdian sistem, kemdian manusia.

Jadi sel yg x sihat boleh jejas kpda tisu, organ ,sistem dan badan kita.

Kalo pintu  sel kita ada masalah, camne zat2 baik nak keluar masuk dengan sihat kan.

🐟 Apa ada dalam kandungan asid lemak omega-3?
- kaya dgn DHA & EPA - yang mana keduanya banyak kebaikan utk badan berfungsi dgn lebih optimum.

*DHA* - docosahexaenoic acid,
*EPA* - Eikosapentaenoat acid

Itu mkna dha n epa utk siapa blm tahu..pnjg tp kita ingt yg ringkas shja.

Kedua2nya adalah antara jenis asid lemak omega 3.
.
.

🐟 Ada byk kebaikan omega 3 ni.

Tapi pagi ni kita nak sebut *7 kebaikan omega 3 utk ksihatan.*

😍 *1-KESIHATAN JANTUNG YG SIHAT*

- DHA & EPA adalah nutrien yg bagus utk anti keradangan. Badan kita mudah berlaku keradangan@inflamation. Kalau ada keradangan terutama kat salur darah, ia akn merosakkn salur darah. Jadi salur darah tu akan lebih berisiko nak dapat plague.
-penting sangat utk kita jaga salur darah kita dari dapat keradangan terutama kat salur darah jantung. Sebab bila salur darah sihat, so darah dapat berjalan dengan lancar, dan jantung pun dapat pam dengan baik.

- kalau salur darah tersumbat, jantung jadi stress dan beban utk pam darah ke seluruh badan. Itu akan jadi masalah2 berkaitan jantung.
Bayangkan kalo longkang tersumbat la.
Kalo penuh sampah, camne air nak lalu
Nampak kan?


😍 *2. KESIHATAN MINDA*

-DHA boleh elak dapat penyakit elzhaimer.

- otak terdiri dari 60% lemak jadi penting amik lemak yg sihat ( yg dari omega 3)
- sel2 otak (neuron) x dapat berhubung dgn baik jadi perlukan sokongan drpd asid lemak yg sihat(DHA) utk perhubungan antara sel2 otak tu.
- bila neuron sihat, jadi transmition antara sel neuron berlaku lebih lancar.

Asid lemak omega 3 ni bantu kita utk fokus jgk.

😍 *3. KESIHATAN SENDI*
- sendi komponen badan yg amat penting utk kita bergerak setiap hari.
Macam ensel pintu.

DHA & EPA dlm omega3 berfungsi 3 cara utk sendi:

1- sebagai anti keradangan pada sendi. Keradangan pd sendi boleh sebabkan sendi bengkak & sakit.

2- utk elak masalah osteoarthritis yg byk brlaku pada org tua. Penyakit ni berlaku akibat kerosakan pd tulang rawan.

Jadi asid lemak omega 3 ni dia larut dlm tisu rawan.jadi dia boleh cegah kemusnahan enzim yg mmbentuk tisu rawan tu

3- sebagai pelincir utk sendi so kita bergerak dgn kebih sempurna & x sakit.

Tengok tua2 pun bergerak aktif kan
Kita pun harap tua2 nnt kita maaih cergas nak buat amal ibadah kalau dipanjangkn umur.

Sebab tu kena jga badan dari sekarang.

😍 *4.KESIHATAN IBU HAMIL*
- boleh amik sepanjang kehamilan untuk perkembangan otak dan penglihatan awal bayi.
- trimester 3, amat penting amik omega 3 sebab time ni perkembangan otak berlaku dgn cepat.

Awal kehamilan sbnrnya dh boleh mula amik omega sbb baby,organ pertama yg berfungsi adalah jantung.

Jadi asid lemak omega 3 ni bantu peredaran darah jantung bby berlaku dgn baik.



😍 *5. KESIHATAN KULIT*
-asid lemak Omega 3 bantu hasilkan kulit yg cantik dan sihat.
Bagaimana? 
-Omega 3 bantu membentuk sel membran yg sihat.
-Juga elakkn kekeringan kulit & kurangkan penghasilan kedutan
-elakkan keradangan pada kulit.
Sebab tu ramai yg cuba omega guard utk masalah ekzema berhasil.

😍 *6. KESIHATAN IMUN*

- omega 3 menyokong penghasilan  t-cell dalam badan. T-cell ni sejenis sel imun dalam badan yg perlu dihasilkan utk wujudkan antibodi yg lebih tebal.

Ok last skli asid lemak omega 3 ni bagus utk kesihatan sperma

😍 *7. KESIHATAN SPERMA*

DHA n epa bantu komponen fosfolipid buat sel sperma lebih sihat, so protection lebih tinggi.
.
.
🐟 Jadi *kenapa kita kena pilih omega guard sebagai minyak ikan yg terbaik?*

Sebab 6 perkara ni:

1⃣ *BERGRED FARMASEUTIKAL*
-maksudnya omega ni bukan ubat tapi kualiti kesan dia sangat bagus.

2⃣ *PROSES PENYULINGAN 3 PERINGKAT*
-minyak ikan ni perlu di tapis 3x sebab :

1- nak tapis heavy metal dalam ikan.
2- utk dapatkan minyak ikan yg berkepekatan tinggi & utk elakkan masalah dapat transfat supaya kualiti terjaga.

3️⃣ *PEKAT DENGAN DHA & EPA*

4️⃣ *LENGKAP DENGAN 7 SPEKTRUM*
-ada 7 spektrum lengkap asid lemak omega 3 yg tulen

5️⃣ *KURANG HANYIR*

6⃣ *DIIKTIRAF OLEH FRIENDS OF THE SEA*

-penting pengiktirafan ni supaya sumber omega berpanjangan.

-FOTS dah bgi guideline kalau nak tangkap ikan,kena pilih tempat yg sesuai utk tangkap & x tangkap ikan waktu ikan tengah bertelur.

-jadi shaklee patuh pd guideline ni maka dapat lah sijil ni.

- kalau ade sijil FOTS ni,minyak ikan tu akan dihasilkan dlm tempoh yg panjang.

Sebab yg ke 6 ni pun sangat penting ye

Shaklee ada salelit untuk pilih ikan yg betul2 matang sahaja..anak2 ikan & ikan yg ada telur shaklee x amik.

Dan bekalan ikan untuk omega guard shaklee sentiasa ada untuk 60 tahun lg. Utk memastikan kemandirian spesies berlaku.ayat sains bljr  f2 dlu. Spesis x pupus. Sentiasa ada. Sbb x ganggu pembiakan ikan2 tersebut.

November ni ade special promotion untuk Omega Guard, minyak ikan shaklee.

Share beli 2 botol dah dapat less 5 %.
Share beli 6 botol daoat FREE 1 botol.

Kalau nak harga jimat ni cepat-cepat klik wasap izh ni ye 😍

http://izzahrosely.wasap.my/

Continue Reading

Friday, 16 November 2018

SEJARAH SHAKLEE | Al Auf Vibes~

KISAH PENGASAS SHAKLEE
.
.

1. DIUJI DENGAN TUBERCULOSIS SEJAK LAHIR

Beliau dilahirkan di Iowa pada tahun 1894. Mengikut kisah, beliau tidak menangis sebagaimana bayi yang lain. Malah tubuhnya pucat dan biru menyebabkan bidan dan doktor terpaksa membuat pelbagai usaha untuk merangsang pernafasannya. Beliau telah disahkan menghidap tuberculosis (batuk kering) sejak lahir. Doktor yang merawatnya menjangkakan hayat beliau boleh bertahan sampai usianya 8 tahun saja.





Mak ayah dia dulu yg percaya pasai natural remedi ni... X hairanlah Forrest suka pasal benda2 semulajadi


Mak ayah beliau tidak dapat menerima kenyataan ini. Jadi, mereka sekeluarga berpindah ke sebuah ladang di utara Iowa di mana tanahnya subur dan persekitarannya segar dan bersih. Mereka percaya dengan udara yang bersih dan segar, makanan yang kaya dengan nutrisi yang berkualiti serta rehat yang mencukupi dapat bantu menyembuhkan anak mereka.Walaupun kesannya lambat, tetapi akhirnya anak mereka sembuh dari tuberculosis.


2. MEMILIH MENJADI CHIROPRACTOR

Semasa zaman remajanya, Dr. Shaklee   banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan ‘dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit’. Dari sini beliau mula percaya bahawa manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini mendorong minat beliau ke arah science of chiropractic care.

Minat beliau terhadap nutrisi bermula ketika menjadi chiropratic practitioner. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan “Vitalized Minerals” yang sekarang dikenali sebagai Vitalea.





3. DIUJI DENGAN KANSER

Pada tahun 1921, beliau diuji dengan penyakit kanser dipercayai berpunca dari pendedahan yang terlalu lama terhadap sinaran-x..ketika itu, Dr.Shaklee byk menghabiskan masa mengkaji ttg X-ray diagnosis.

Pakar menasihatkan lengan kiri dan kaki beliau dipotong untuk menyelamatkan nyawa beliau. Dr. Shaklee tak dapat menerima keputusan bahawa beliau terpaksa ‘dikudungkan’ memandangkan ketika itu kerjayanya sbg doktor baru nak naik dan isterinya pula tgh mengandung. Akhirnya, beliau nekad untuk bergantung sepenuhnya kepada kuasa penyembuhan semulajadi.

Beliau memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan juga berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang tinggi. Dengan kepercayaan yang mendalam terhadap kuasa penyembuhan semulajadi dan pemikiran yang positif, akhirnya beliau disahkan bebas dari kanser. Bermula dari sini beliau semakin yakin bahawa nutrisi yang bagus dapat membantu orang lain utk hidup sihat.


4. PEMBUKAAN SHAKLEE CORPORATION

Atas kesedaran betapa nutrisi yang bagus boleh merawat penyakit, Dr.Shaklee bersama 2 orang anaknya memulakan bisnes mengedarkan suplemen. Mereka menubuhkan Shaklee Corporation di kala usia Dr. Shaklee mencecah 62 tahun. Cabaran untuk mereka ketika memulakan bisnes ini adalah untuk menyakinkan rakyat Amerika tentang kepenting suplemen. Ini kerana ketika itu, rakyat Amerika percaya bahawa negara mereka adalah the best fed nation.

Untuk memastikan pengetahuan tentang kepenting suplemen dapat disebarkan, Dr. Shaklee memberitahu anaknya, “Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.”.

Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhir keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct selling produk suplemen menjadi satu fenomena pada hari ini. Semuanya bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah “Thoughtmanship” beliau.



Continue Reading