Friday 10 February 2023

INTERMITTENT FASTING

 Bismillah

Allahumma solli a'la muhammad.


Kisahnya, dulu-dulu waktu awal izh berkenalan dengan frasa INTERMITTENT FASTING (IF), izh merasakan ia salah satu diet yang sangat susah dan menyukarkan. Ada waktu-waktu tak boleh makan, malam dah tak boleh jamah makanan, skip breakfast dan sebagainya. 


Tambahan ketika itu masih menyusu anak , izh merasakan ia sesuatu yang payah dibuat. Tapi bila membaca pengalaman kawan-kawan yang berjaya dalam INTERMITTENT FASTING, izh cuba menggali ilmu yang berkaitan hinggalah terjumpa blog ini ( http://www.sihatmakanvitamin.com/2023/02/bagaimana-buat-intermittent-fasting.html)


Rupanya ia adalah sangat menarik dan bukan sekadar diet tapi sebenarnya boleh di jadikan habit baik kita atau healthy life style. 🙂


APAKAH INTERMITTENT FASTING ??


Secara ringkas yang boleh izh terangkan, INTERMITTENT FASTING ni adalah tempoh masa makan kita dalam seharian. Seperti berpuasa di bulan Ramadan yang ada waktu sahur dan waktu berbuka, begitu juga IF ini. Sebab tu dalam carian intermittent fasting, kalian akan bertemu dengan frasa EATING WINDOW dan  FASTING WINDOW.


EATING WINDOW : tempoh masa makan

FASTING WINDOW : tempoh masa berpuasa


Dalam IF kita boleh tentukan bilakah waktu eating  window dan fasting window kita. Waktu tidur juga dikira dalam fasting window. Menarik kan?


BAGAIMANA BERMULA INTERMITTENT FASTING


Ada banyak pelan atau protokol yang sering di amalkan dalam Intermittent fasting. Antaranya 12:12, 14:10, 16:8, 18:6, 20:4 dan 24:0. Untuk kalian yang baru berjinak dengan IF ini, protokol 12:12 adalah paling baik.


12:12 bermaksud 12 jam tempoh kita berpuasa dan 12 jam tempoh untuk kita makan. 16:8 -16 jam berpuasa 8 jam waktu untuk makan. Dan begitulah seterusnya. 


Untuk bermula waktu fasting window dan eating window, ianya  bergantung kepada kita untuk memilih pada jam berapa. Asalkan ia memenuhi berapa jam protokol IF yg kita pilih.


Sebagai contoh, kita memilih protokol IF 12:12. Jika waktu makan kita bermula pada pukul 8 pagi, maka ia akan berakhir 12 jam selepas itu iaitu pada pukul 7.59 pm. Dan waktu puasa kita akan bermula pada pukul 8 malam hinggalah 7.59 pagi esoknya.



APA YANG BOLEH DIMAKAN KETIKA EATING WINDOW ??


Tempoh makan bukanlah tiket untuk kita makan semahu-mahunya seperti waktu iftor  ketika puasa Ramadan. Jika diambil semua jenis makanan, tujuan untuk kita buat Intermittent fasting menjadi salah. 


Ketika tempoh makan kita di nasihatkan untuk mengambil makanan & minuman yang berkhasiat serta seimbang. Disarankan juga untuk kita elakkan makanan & minuman tinggi gula, karbohidrat serta makanan segera dan diproses.


Sebab itu kita boleh pilih corak pemakanan kita ketika IF samada dari diet suku-suku separuh, diet ketosis, diet atkins atau lain-lain.


ADAKAH TIDAK BOLEH LANGSUNG MAKAN DAN MINUM KETIKA FASTING WINDOW. 


Menariknya dalam intermittent fasting ini kita boleh minum air kosong dan beberapa minuman lain antaranya kopi@tea 0, minyak kelapa dara dan cuka epal. 


APA MANFAAT INTERMITTENT FASTING?


Dalam galian ilmu Intermittent fasting ini, izh menjumpai banyak manfaat. Ini kerana apabila kita memendekkan waktu makan dan berpuasa selama beberapa jam setiap hari, kita juga telah bantu badan kita untuk membakar lemak dengan cepat. 


Antara manfaat lainya adalah:


1- MENINGKATKAN HGH- iaitu suatu hormon yang bantu menaikkan kepadatan otot. Otot bertambah, metabolisma meningkat maka lemak makin banyak boleh dibakar.


2- MENURUNKAN GLUCOSE & INSULIN DALAM BADAN- maka badan akan mencari lemak visceral fat dalam tubuh kita untuk dipecahkan menjadi tenaga.


3- MEREHATKAN SISTEM PENCERNAAN.


4- MENGAWAL RASA LAPAR- sensitiviti sel otak akan meningkat. Maka hormon leptin akan makin dirembeskan utk membuat kita rase lebih kenyang.



Untuk penurunan berat badan, dari pengalaman diri sendiri, intermittent fasting serta pengambilan suplemen dan senaman juga sangat membantu. 


Banyak lagi sebenarnya kebaikan intermittent fasting ni. Moga sedikit sebanyak yang izh kongsikan dapat memberi gambaran bagaimana IF dapat di amalkan seterusnya menjadi lifestyle kita. 


InsyaAllah izh kongsikan lagi dalam entry akan datang okey. 


Assalamualaikum 😍


1 comment: